December 27, 2008
· Filed under Uncategorized
cikhajar (2008/12/27 2:57:14): sumer yg buruk2 erh
pn (2008/12/27 2:58:03): bukan semua yg burukk
pn (2008/12/27 2:58:09): awak pun ada gak yg baik
pn (2008/12/27 2:58:18): cuma awak tu tak nak tunjuk aja
pn (2008/12/27 2:58:27): atau awak malu nak tunjuk yg awak baik
huk huk huk…semlm die kasik komen ni selepas beberapa hari dia kutuk aku ni degil laa ngade2 laa tak sabar laaaa….ihiksss…aku ni baikkah…
maybe baik kut…tapi mmg dpn die aku tanak tunjuk aku sorg yg baik.. ahha kenapa.. sbb tak berbaloi pon..bukan die sedar pon…
tapi kitorg aneh.. arini cam baik giler.. esok dingin.. pastu baik balik.. pastu dingin giler2… hailaaa aku ada kawan yg aneh….
December 22, 2008
· Filed under Uncategorized
tak sabar nak balik..
tak sabar nak tinggalkan dunia siber
tak sabar sgt nak lari dr kegilaan ini
tak sabar nak tinggalkan sumer kenangan pedih ini
tak sabar sgt2…
tak sabar nak bukak buku baru..
tak sabar nak jadik aku yg baru…
Allah…aku tak suke terus2an begini…
aku tanak jadik camni…
aku nak dihembuskan ketabahan dlm diri,,,
Allah please.. make me stronger..please ya Allah
December 4, 2008
· Filed under Uncategorized
lama sangat kan aku tak update kat sini.. bukan apa.. aku harap sangat2 org2 akan lupakan link ni so aku bleh taip apa yg aku nak disini…
permasalahan hidup… yaa.. hari demi hari aku bergelut dgn semua permasalahan hidup.. sedikit sebanyak aku perlukan manusia utk berkongsi rasa… aku seperti hilang kepercayaan terhadap semua.. sampai kat satu tahap aku rasa aku nak create imaginary friend.. yg hidup kat sebelah aku utk aku luahkan semua benda…
aku da penat sgt nak dgr perkataan usaha.. aku tau esok lusa aku akan kembali berusaha.. tapi aku nak rehat… aku dah penat berusaha… struggle terhadap sumer mende.. menyeimbangkan semua benda spt fizikal dan mental rohani n jasmani buat aku sangat penat…
semua orang ada cabaran hidup masing2.. tapi sekurang2nya mereka tidak keseorangan… kalau ditanya apa yang aku mahu skrg.. aku mahu seorang kawan yg akan datang dekat aku dgn tangan terbuka dan bersuara…
“berceritalaa jaja… luahkan segala yg terbuku di hati mu..”
aku mahukan sepasang tangan yg akan memeluk aku dengan erat dan berkata
“menangis la semahu mu.. biarkan air mata ini mengalir agar di hari kemudian kau akan kembali menjadi insan yg baru”..
very the drama queen kan aku…
ya Allah.. bantulah aku… tolong lah aku..