Archive for June, 2008

pening dan lesu

spain da menjadi juara euro 2008.. berbaloi gaks laa tgk bola pagi tadi.. memula rasa nak give up.. tapi bertahan gak..terpaksa aku memaksa cik aboi dgn bawang borak dgn aku.. hak hak hak.. sian btoi dorg… dorg pon mamai semcm.. tp bertahan laa jugek kann

cemana aku leh terjebak dalam dunia bola sepak ni… ntah laa.. tp since aku kecik aku selalu tgk liga FAM..sbb kalo pahang masuk final n kalo menang esoknya akan cuti.. yuuuhuuu..suke btoi aku..tp masa tuh aku suke singapore dgn selangor.. hikkss.. pastu kesukaan terhadap bola itu terhenti.. dan apabila sampai ke oita ni aku menjadi tgk bola sbb super sempai dan budak2 laki akan ckp pssl bola… yg tak tgk ni tercangak2 cam hape jekkk..

pastu aku stat tgk bola masa dpt tiket free oita trinita lawan kelab dr korea selatan…hyundai bla bla.. da laa dpt royal seat.. duk betoi2 atas jalan pemain2 kuar dr bilik bersalinan.. takjub aku… jakun pon ye gak..duk royal seat disediakan minuman yg bleh direfill dan junk food.. woo best wooo

pastu seken taim aku g stadium yg sama masa kirin cup..japan lawan costa rica… wahh mmg best laaa.. tp dpt seat yg ok laa tp boring sbb org tua2.. taleh nak bersorak…tp masa gol tuh bersorak laaa…. tp sonok laaaa

pastuĀ  tgk bola sepenuhnya masa world cup kt jerman.. setiap game aku tgk sampaikan ada jadual berwarna warni tertampal kt dinding aku.. sampai jadual idup aku tertunggang langgang…

euro ni aku tgk kalo ada masa jek… tp best.. aku suke skills goals..n ensem2 players.. woohooooo.. mantap2…

papepon tahniah torres… bile laa nak ada pakwe yg hebat mcm beliau..wahahahahah

Comments (3) »

friendship forever(mengenai cik A dan cik B(yg lain2 tak berkenaan sila diam))

biler berckp pasal kawan ni… ntah laa…ramai kawan membawa byk bahagia.. dan juga kesedihan..

malas laa nak melalut2 mukadimah bagai.. aku ada kawan yg bernama cik A dan aku ada juga kawan bernama cik B… kami bertiga saling mengenali…cik A tadi memberitahu aku yang beliau tanak dgr apa2 citer pasal cik B.. beliau ckp each time aku ckp psl cik B i`ll get hurt… n die cam tanak aku rasai sumer tuh.. aku paham maksud dia.. aku tau dia sayangkan aku.. cumanya di sini bila dia ckp TAKDE PEKDAH pon ckp psl dia apa sumer aku agak sedih… mungkin cik A tatau betapa besarnya jasa cik B kat aku… mungkin tak seberapa bagi cik B sendiri tp aku sngt2 menghargai atas segala yg dia buat kt aku…

mungkin ada perkara tentang cik B yg cik A tatau… cik A mungkin anggap cik B cuma buat aku fed up dan sebagainya.. aku tau dia tanak aku sedih… tp cik A taleh suh aku lupakan cik B.. takkan ko nak lupakan org yg besar jasanya kat ko..korg 2 org adalah kawan aku…. deduanya aku TAKKAN dan TAK BOLEH lupa sama skali..

masa setahun aku mengalami 2 perkara dlm 1 masa (broken heart + final exam ) cik B yg lapkan air mata aku.. tiupkan kata2 semangat sebagainya.. mana cik A masa tuh.. manaaa…utk 2 semester (setahun) cik B sabar layan dan ladeni aku… dgr sumer nangis jerit pekik aku yg da gave up dgn exam… aku yg da rasa tader masa depan….cik A tatau itu sumer.. perit nyer nak hadapi eventho biler remind balik mende ni aku masih menitik2 air mata.. betapa bersyukurnyer ditemukan dgn salah sorg sahabat siber yg setia dan sabar.. cik A..saya takk mungkin akan masuk ke final year tanpa sedikit sokongan daripada cik B… cik B yg temankan saya sampai ke pagi satu masa dahulu sbb saya taleh tido..asyik tingatkan my bloody hell asshole stupid fucking ass ex bf…yg dgr saya meraung2 apter that stupid idiotmoron bullshit ex bf dtg msg n messed my life adalah cik B…eventho saya nangis masa kibod rosak pon cik B yg dgr…

mungkin suatu masa dahulu aku ada terlajak hati dan perasaan terhadap cik B.. tapiĀ  TAPIII DAN TAPI.. itu dulu.. 6 bulan lepas… dan skrg aku tgh moving on dgn life aku… tp sikit pon aku tak marahkan cik B sbb taleh terima aku lebey dr kawan.. bukan salah dia.. n aku skrg ni cuma hargai dia sebagai kawan… sebagai knight of shining armour aku dulu.. tanpa dia dan ramai org lain laie aku tak mungkin akan duduk di kerusi lab.. bergelak ketawa dan tersenyum gembira…

tolong jgn soh aku lupakan cik B sbb die salah satu punca kegembiraan aku selain kau cik A dan kalian2 yg lain.. dia sama seperti kalian.. masing2 ada keistimewaannya… masing2 ada kekurangannya.. niat kau cik A amat aku hargai..sesungguhnya aku gembira dgn keprihatinan kau.. tp jgn soh buat perkara yg bukan2.. maaf sbb aku takleh nak lupakan org2 yg sokong idup aku selama ni… ampun dan maaf aku mintak….

aku sayang korg sumer.. demi Allah..aku amat sangat sayangkan korg

Comments (2) »

my pray

ya Allah..please listen to my pray

ya Allah, i want someone who loves me every single beat of his heart, someone who thinks about me constantly, someone who spends every minute of every day just wondering what i`m doing.. where i am..and if i`m OK..i need someone who can help me reach my dreams and who can protect me from my fears..

ya Allah..i need someone who will treat me with respect..and love every part of me especially my flaws..i need to be with someone who can make me happy…really really happy, dancing-on-air happy…Allah please help me…amin ya rabbal alamin

Leave a comment »

rindu merindu

tetibe terasa ada sesuatu yg ilang dalam idup ini.. ihiks.. saya mula merindui sahabat2 siber saya yg paling rapat dgn saya… abam joe tuh da selamat kat kutub selatan tak balik laie.. yg zatil plak ada atas flight kut..nak balik melesie.. yg zaleena kt sungai buloh tuh tatau buat apa.. sibuk merawat hati.. yg da lama missing in action.. kecewa dan sedih membuatkan dia melarikan diri dan hasilnya. meninggalkan saya sendirian.. misskim plak semlm mintak mahap bagai pastu nak tinggalkan saya… saya sedih sangat.. mereka2 inilah sahabat saya yg saya sayangi.. tapi satu persatu tinggalkan saya sendirian.. tp apa nak buatkan…inilah lumrah hidup.. pergi dan kembali.. dan pergi lagi..

hurmm cepatlah hari sabtu.. saya nak ajak kawan2 saya buat ikan bakar di balkoni umah org itu…

Comments (1) »

segalanya sudah tamat

tamat selesai segalanya..hik hik hik.. malas nak pk apa2 dah.. byk mende dlm dunia ni yg perlu aku berikan perhatian.. aku da tader harapan dan da tader hati da untuk terjerumus ke lembah itu laie. biarlahh.. biarkan masa menentukan segalanya…

makan wasabi sampai tersentap otak2 ku.. aduiii haiii..sakit siot…. cam nak pecah pale aku..sampai skarang pon sel2 otak aku cam nk putus… aduiii haiii..

hurmmm.nak balik melesie…sangat sangat sangat rasa nak balik melesie.. tatau rindu melesie sgt ke tak ke.. tapi rindukan suasana melesie… owhhhh sungguh ku tak mampu menahan rindu ah ah ahhh..

oh yaa..pengumuman rasmi tak dibuat laie.. maka dgn ini saya menamatkan cerpen dia itu dgn ucapan..tima kasih krn sudi muntah darah nanah kat sini setelah membaca entry itu…

Comments (1) »

dia episod 4

jeng jeng jeng..da masuk edisi ke 4….layannzzzzzz sampai muntah berdarah

*****************************************************************************

aku merasakan perhubungan kami sangat baik.. dan aku sudah mula menerima dia dengan penuh kesyukuran.. bersyukur ditemukan dengan seseorang yg sgt baik terhadap aku..segalanya berjalan lancar.. dan aku sangat gembira dengannya

namun entah mengapa pada pukul 1:10 aku rasakan hati ini terasa ada satu ruang yang sangat kosong.. terlalu kosong dan lapang..rasa ini bermula apabila aku membaca satu ayat iaitu PS I LOVE YOU…hati ini terus terasa kempis.. rasa ini menghantui aku sampai aku merasakan aku sebenarnya tidak ikhlas terhadapnya.. kenapa..kenapaaa… kenapa tiba2 hati ini berkalih arah.. aku mula resah dan serba salah.. aku berkali2 berdoa di dalam hati minta ditenangkan diri ini.. minta aku tidak salah membuat pertimbangan…

berada di tempat kerja membuat resah gelisah ku menggunung tinggi.. sampaikan aku kehilangan kata2 utk berckp… muka ku pucat sehinggakan semua org bertanya mengenai kesihatan aku..zahirnya aku sihat.. tapi hati ku….hatiku meragam yg bukan2…ya Allah apakah yg kau ingin sampaikan padaku ini.. dan di tempat kerja aku dan rakan ku yg bernama ai(pendekkan nama beliau) telah dimarahi oleh seorang pelanggan..

kisah aku aichan dan pelanggan…hikss mula2 kami sedang melayan seorang kastemer di cashier.. ketika itu kelihatan sepasang suami isteri berumur lingkungan 40-55 tawon sedang berbincang2 di dpn cheese cake.. ketika kami tgh mengelap2 tray tuh bini die panggil kitorg.. aku yg dengar panggilannya lantas menyahut dan membawa tray n sepit kuih kearahnya.. ketika itu aichan meneruskan kerjanya di cashier.. makcik itu merenung aku mcm nak telan sampaikan muka ku yg manis dengan senyuman standard bertukar kecuakkan.. kenapalaa makcik ni..aku tanya aaa makcik nak apa2 ke.. die renung aku giler2 pastu baru jawab nak cis kek 3 ketul..aku amekkan laa..pastu aku ty laa nak apa2 laie tak.. die renung aku laie.. pastu ckp tanak pape.. pastu aku ckp laa..silakan ke cashier… sampai kt cashier die ckp kat aichan.. awak ni perangai teruk.. sambil marah2 aichan..pastu die ckp saya akan hafal nama awak.. sambil silih berganti pandang aku dgn aichan.. kitorg tercangak2 tatau pape…sambil mintak maaf kt makcik tuh.. sampai kesudah kami tatau apa salah kami.. skrg ni tgh tunggu makcik tuh buat report utk tau apa salah kami kt makcik tuh

sambung citer… aku kembali kerumah dengan rasa serba salah,bingung dan rusuh sekali.. aku benci rasa ini.. aku tak suka…berdepan dengan dia aku kehilangan kata2… mulanya aku nak anggap ini adalah PMS sahaja.. namun alasan standard org perempuan bukanlah satu alasan yg baik.. berterus teranglah walaupun ianya menyakitkan,seru hatiku.. bercucuran air mataku apabila berterus terang dengannya.. aku meminta ruang dan masa untuk bertanya Yang Maha Esa mengenai perhubungan ini.. aku tahu ianya amat menyakitkan.. aku juga terasa sakitnya.. aku benci melukakan sbb aku benci apabila terluka.. tp aku yakin ada sesuatu yg DIA nak sampaikan kepada ku melalui perasaan yg aneh ini.. cuma aku tak tau apakah ia…

berkali2 maaf aku pinta darinya..aku tau ianya takkan mengubati hati kami… aku sedih…aku sakit skali… aku takut aku akan melukakannya.. aku yakin dia juga turut terasa sakitnya…. tapiiiiiiiii…. aku minta maaf skali lagi.. maafkan akuuuu

*****************************************************************************::

huhuhu..part sedey plaks….layanzz jek laaa.. tp kisah aku aichan dgn kastemer tuh betoi..ampeh btoi makcik ni..kalo aku jumpe die kt luar aku pelepuk die

Comments (1) »

dia episod 3

sambungan citer lepas…

**************************************************************************

tetapi malangnya keputusannya adalah romania seri 1-1 dengan italy.. maka aku kemukakan syarat yg dia kene berdepan dengan abang besarku yg bersemayam di jerman..abang tiriku di sungai buloh dan adikku ku di uk.. berhadapan dengan mereka dia sangat berani meluahkan rasa hatinya.. walaupun dibuli oleh mereka namun dia tabah.. dan itu sangat membuatkan aku teruja….

lantas dipendekkan cerita..abang besar kasik lampu ijau…adik kasik lampu kuning dan abang tiri kasik lampu merah.. cukup nak buat lampu isyarat X_X…tapi.. alhamdulillah mereka bersetuju dan keputusannya OK….. yeayyy

Leave a comment »

dia episod 2

sambungan cerpen aku..kua kuakua…jiwang tak jiwang tak??? aku nak polish balik kemahiran karangan aku nehhh

***************************************************************************

semenjak awal lagi aku mentertawakan hasrat hatinya..dia seperti berjauh hati namun masih tidak jemu2 berusaha..namun tidak ku sangka dia mengambil keputusan untuk menjauhi diriku selama sebulan.. ya sebulan.. aku cuma ketawa dan ketawa kerana aku rasakan amat mustahil untuk aku merinduinya.. dia bukan siapa2 dalam hidupku..dia cuma sahabat alam mayaku..

namun keesokan harinya aku merasakan ada satu ruang kosong di segenap hati ini.. terasa roh ku berpisah dengan jasad..terasa tiada udara untuk aku bernapas.. masuk hari ke 2 aku sudah seperti zombie bergerak.. namun kerana ego yg tinggi aku cuba tahankan hati untuk meluahkannya.. malam menjelma aku sudah semakin resah.. berdepan dengan seorang sahabat(dia lebih kepada saudaraku) aku meluahkan beban yg meninggi di hati ini.. aku mengharapkan simpati dari saudaraku namun gelak hiba yg beliau berikan padaku… hari ke 3…dia menjelma… terasa dentuman bunga api berleluasa di hati ini.. kenapa..kenapa perlu aku merasa bahagia… aku bingung dalam bahagia.. namun aku tidak mudah mengatakan ya sedangkan dalam hati ini sudah tertera perkataan YA… lantas hasrat hatinya ku sambut dengan satu cabaran…ROMANIA MESTI MENANG ketika menentang italy…

sambung laaa…idea lari laie

**************************************************************************

citer ini bukanlah rekaan semata2…hua hua hua hua

Leave a comment »

dia episod 1

cerpen baru…hikkkkssss

dia datang lagi mengetuk pintu hati..dia yang kehadirannya tidak aku hiraukan.. entah bila kami mula berkomunikasi…entah bila aku mula sedari kehadirannya. tetapi semakin hari dia semakin mencuri sekeping hati ini..

perkenalan kami bermula ketika kami bertemu secara tidak sengaja di laman borak..dia menyapa ku dengan bertanyakan mengenai perihal universiti luar negara.. pada ketika itu aku cuma melayan acuh tak acuh.. maklumlah aku ini tidak gemar mengenali orang baru.. namun sedikit sebanyak gelagatnya mencuit hati kecilku..

aku mula dihujani dgn sapaan dari nya.. bermula daripada sebuah request untuk melihat webcam ku..dia mula memberanikan diri menzahirkan isi hatinya padaku… aku cuma menganggap itu hanyalah harmless flirt..kerana di laman siber ini macam2 boleh berlaku.. namun aku tidak menafikan gelagatnya membuai hati ku..adakalanya hati ini bagai ditarik2 untuk menyambut hasrat hatinya.. namun aku tahan juga kerana tidak mahu membuat kesilapan yg sama….

bersambung…………..idea lariiii…kua kua kua…jiwang karat babat tak aku=))

Comments (4) »

saya gembira

hari ni ada berita yang sangat saya gembirakan…

saya gembira netherland menang.. saya gembira dgn matches semlm…. berbaloi berjaga sampai ke pagi…

dan saya sangat sangat gembira dengan cerita gembira dia yg saya sayangi… dia sangat tabah.. dia yg cantik manis.. dia yg kuat dan gigih… walaupun saya lebih tua daripadanya tetapi saya mungkin tidak sekuat dia… saya mengkaguminya… saya berdoa satu hari nanti dia dan jua org sebelah punyer sebelah umahnya akan ditemukan dengan org2 yg terbaik untuk mereka… dianugerahkan pelindung yang akan melindungi mereka sehingga ke syurga..amin

dan untuk mereka2 yang terjumpa blog ini.. saya mendoakan agar kebahagiaan menjadi milik anda… amin

Comments (3) »