assalamualaykum… buat pertama kalinya saya mahu mencuba menggunakan wordpress.. terasa teruja pula mahu mencubanya. mungkin isi hidup dan kisah saya akan diteruskan di wordpress.. kenapa saya lari daripada blogger?? kerana saya sengaja mahu mencuba sesuatu yang baru.. mengkaji dan mengenali apa menariknya mengenai wordpress…
dah lama tak menulis..terasa kekok pabila mengetuk kekunci keyboard ni.. namun kesegaran mata akibat tidur lebih 12 jam membuatkan keinginan menulis di blog ini menjadi memuncak,..bagaimana keadaan diri saya sekarang ini… hurmm banjir tsunami masih melanda dgn hebatnya.. saya terasa diri ini letih mengerah sepenuh tenaga utk mengeluarkan cecair itu dari badan.. hajat di hati ingin memohon cuti tetapi saya khuatir akan mengganggu kerja sahabat2 saya yang lain.. moga2 mereka bertimbang rasa dan memberikan kerja yg ringan kepada saya..
keadaan emosi jua tidak menentu.. ada kalanya saya terasa seperti ingin menjerit kepada dunia tetapi tidak tahu apa yang harus saya perkatakan.. cuma saya tidak mahu bersendirian..seperti lirik lagu britney,,, the loneliness is killing me… alhamdulillah.. semalam dan kelmarin ada orang yang sudi menemani saya sehingga pagi.. terima kasih sahabat kerana sudi menemani diri ini.. maaf kerana terlalu menyusahkan kamu..
dlm idup mcm2 mende leh berlaku kan… kekadang kiter tak sempat nak agak apa2… tup tup debush terus terjadi.. dan bergantung kepada diri sendiri bagaimana nak menghadapinya… kepada diriku.. semoga kau berani menghadapinya…
saat entry ini ditulis… telinga sedang dialun bacaan yassin oleh seorang teman.. buat teman.. semoga allah merahmati kau.. dan buat semua yang terjumpa blog ini.. semoga perjalanan hidup kita sentiasai diberkati Allah..
Angin said,
January 17, 2008 @ 6:54 am
Duh…. Tukar ke?? Padan la ikan masin tak update. Kekadang jenguk gak tapi hampeh tak de new news
Anyway just wanna wish Salam Maal Hijrah dan tak lama lagi sampai la adiah belated birthday tu kalau tak de problem – mahal siut delivery charges
.