January 28, 2008
· Filed under Uncategorized · Tagged kawan, sejuk, suharto
hehehe alhamdulillah… dah kawan balik mcm biasa… maybe luar biasa sbb aku menjadi semakin dingin..hahaha
hari ni sejuk giler..kaki aku menjadi sangat beku sebeku ais di dlm peti ais..dah laa g sekolah tak bawak payung..yariba btoi aku ni.. mmg tempah maut….tp alhamdulillah tak de selesema after mandi lama2 dlm shower….
suharto da meninggal…semoga rohnya dicucuri rahmat.. org indon panggil dia tuh pahlawan…hahah tah hape die lawan tah aku pon tatau… sian dia…
tatau nak komen apa.. tapi semlm sorg sahabat baru telah membuka pandora box dia..tak sangka kan.. idop ni ada mcm2 perkara yg tak disangka akan berlaku.. semoga dia akan lebih bahagia selepas ini
January 27, 2008
· Filed under Uncategorized
aku tercarik gaduh lak aih dgn dia… hahahaha.. bodo.. aku laa bodo… semenjak dua menjak ni aku punyer kesabaran punye level amat tipis setipis membran sel…. dan aku telah memarahi dia.. aduiiii..dui dui duiiiii…sesaat pas aku marah die aku mula menyesal dan menggelabah… mmg aku yg wagamama…aku tau itu.. aku selfish…ehh samalaaa…..aku tau itu.. tapi ego aku menidakkan segalanya… aduiiiii….
tapi aku da mintak mahap kat dia…nak ckp berdepan aku takut… aku kasik emel… dgn 2 bijik kuih mochi cream yang popular kat jepun ini….
semoga allah lembutkan hati dia utk terima mahap aku ni.. ameennnn
January 25, 2008
· Filed under Uncategorized · Tagged kenapa, ntah
ntah kenapa aku menjadi mcm tak betul…
ntah kenapa aku semakin tidak tahan kepada tekanan
ntah kenapa aku rasakan aku semakin lemah menghadapi segala kesukaran
ntah kenapa aku sukar utk tersenyum
ntah kenapa aku semakin tidak sabar menghadapi kenyataan
ntah kenapaa….ntah kenapaaaaa ntah kenapaaaaa….
ya allah berikan aku kekuatan dalam menghadapi dugaan mu ini…..
January 24, 2008
· Filed under Uncategorized · Tagged ketawa, novel
hari ini saya menerima hadiah novel yg saya inginkan kiriman dr abg anas aka angin.. arigatou gozaimasu…. sengeh tak renti tatkala menerima novel itu..membacanya membuatkan saya gembira sepanjang hari..terima kasih daun keladi…
apa cerita utk hari ini….tiada yg menarik melainkan dpt novel.. hihihih tuh jek cerita saya utk hari ini…dia macam sibuk aja hari ini..cuma sempat melayan saya ketika dia mahu lunch.. hurmm banyak kerja mungkin… taperlaa.. semlm die dah buat aku ketawa sampai sakit dada.. itu pun dah mencukupi….
sampai sini ajek kut
January 22, 2008
· Filed under Uncategorized · Tagged tido, ubat
rakan2..saya akan mulai memakan ubat tidur sekarang ini.. namun begitu saya amat takut sekali akan hasilnya..hurmm tapi sesah ajek laa…apa leh buat kan…
gembira ada yg risaukan diri anda??? hihi sejujurnya saya sedikit gembira.. tp harus diingat.. bukan dia.. tetapi teman yg lain.. ermm sonok gak seposen ada yg caring.. hihihihi.. mulalah nak menggedik…
owhhlalalalaaaa…cuaknyer nak makan ubat tido… hihihihi
January 21, 2008
· Filed under Uncategorized · Tagged exam, life, tidur
penatnya masya allah..tatau nak dikabarkan bagaimana penatnya diri ku skg ini..tapi aku sebenarnya tidak boleh tidur malam.. seksa sgt diri ni sebenarnya.. aku mahukan tidur yg lena. satu lelap yg penuh nikmat,, tapi.. sekarang aku sudah terseksa.. aku mahukan satu tidur yg enak.. badan ku sudah penat.. otak ku sudah tidak berfungsi..
apa yang harus aku ceritakan.. mengenai hidup.. mengenai persekitaran.. hurmm aku cuma terfikir… mengenai kehilangan sepupu ku… ianya mengingatkan aku yg mana hidup ni pendek.. bak kata org puteh.. life is short make it sweet.. dan kita perlu buat sumer yg kiter nak buat… supaya kita tak nyesal di kendian hari.. aku kira org sekeliling ku sudah melakukan apa yg mereka dah lakukan.. aku sendiri pun..sudah melakukan beberapa perkara luar alam.. dan masih byk yg perlu aku lakukan…
exam da nak stat.. bal ckp dorg abes exam 18hb…huk huk huk.. saya abes exam 19 hb.. harus laa diorg beronggeng terlebih dahulu berbanding saya dan tidak harus diorg g beronggeng tanpa saya..makanya dorg kenelah menunggu saya abes exam barulah kita ronggeng rokiah laie… upss tapi harus diingat..saya tidak boleh berbelanja berlebihan kerana saya harus berjimat cermat..kerana ada program nnt… dan mujur jua afif pun cakap beliau abes exam pada 19 hb.. hihihi kire budak2 laki tak ronggeng dahulu… maka nya adalah tidak adil bagi mas dan bal pegi kemana2 pada 19hb itu.. aku cemburu…tidakkkk…
ni jadual pekse saya…….
2/6 (wed) OS1 1gen 107
2/13(wed)Network 2gen 104
2/15(fri) comp arch 2gen 104
2/18(mon) Prog 2 1gen 207
2/19 (tues) logic 3gen 207
BERUSAHALAHHHHHHHHHHH ummphhhh
January 21, 2008
· Filed under Uncategorized
wahhh ghairah btul saya menaip disini.. mungkin kerana layout wordpress ini cerah..jadi saya suka bercerita di sini..
isnin yg tidah best bagi saya..kerana pagi2 saya bangun dengan malasnya..mmg malas nak dtg kelas awal2 jadi saya berlengah2.. g kelas saya dapati tiada org di dlm kelas dan apabila saya periksa… rupa2nya tiada kelas pada hari ini… mengambil iktibar atas kejadian itu saya pun memeriksa semua jadual dan saya yg masih kemamaian itu melihat hari ini ada houkou utk kelas networking..sebenarnya kesalahan saya adalah tidak melihat tajuk kelas dgn betul dan cuma melihat nama sensei sahaja… saya terus assume wahh hari ini ada houkou pada 3rd period..maka dgn pantas saya menelefon ke tokiwa memaklumkan yg saya terpaksa kerja lambat hari ini..dgn bertungkus lumus saya menyiapkan report dan bersedia utk ke kelas… rupa2nya saya masih tersilap.. dalam jadual rupa2nya kelas itu pada 2nd period bukan 3rd period spt yg saya sangkakan.. saya menjadi semakin gelabah dan terus menghadap sensei utk menerangkan kenapa saya tidak ke kelas tadi.. sesampainya di bilik sensei.. sensei pon terkejut apabila saya bertanya mengenai kelas networking kerana menurut beliau tiada kelas ari ini.. saya kembali kebengangan dan terus ke papan kenyataan.. rupa2nya itu adalah kelas OS 2 yg dijalankan oleh sensei yg sama… saya mengeluh.. penat nya ya allah.. tetapi ada hikmahnya…
1) saya sudah menghantar borang utk menjadi pembantu pelajar disini..jika saya tidak kesekolah tadi mungkin saya terlps tarikh tutup iaitu pada hari ini.. doakan mudah2 an saya mendpt peluang itu
2) saya sudah dpt mencatat jadual peperiksaan..jika saya tidak kesekolah haruslaa saya lupa utk memeriksa jadual pekse saya yg amat penting itu… kesimpulannya exam saya berakhir pada 19 februari…yuppiiiii pastu kiter bleh bergolek2 sampaiiiii ke pagi….
3) saya dpt makan ikan sanma bakar beserta serbuk cili yg pedas kat kantin sekolah.. best tak terperi
4) report utk kelas rabu ni da siapppppp… yeayyyy
itu sahaja kut… hihih nak g keje lak ni.. tata assalamualaikum
January 20, 2008
· Filed under Uncategorized · Tagged dia, pergi, pregnant, shiken
aku sebenarnya masih menunggu cerita mengenai sepupu ku.. doktor da cakap dia mmg tadek harapan dah.. semua ahli keluarga pun dah berkumpul kat sana.. even gap antara aku dgn dia jauh gak.. dlm 9 tahun..tapi aku terasa kehilangan dia..kami tak rapat sgt..just kenal sebab kami bersaudara.. tetapi die ttp keluarga aku… hidup ni pendek kan.. tup tup..sampai masa kita pergi meninggalkan dunia ini..cuma tatau biler jek…
membaca emel gembira dari along ku..beliau disahkan sudah berbadan dua.. hurmm perasaan ku.. alhamdulillah..dari hari tuh aku bising2 kat dia.. ko tamo tambah laie ke..baby girl plak ke…die ckp die nak tahan laie setawon 2..sbb masa lahirkan anak sulung kene operate..so kene rilek dlm 3 tahun baru bleh preggy laie.. alih2 da pregnant laie.. alhamdulillah.. bertambah laie org ke muka bumi allah ni
tak lama lagi da nak kimatsu shiken..aku da kene berusaha.. aku takleh main2 laie… maka dgn ini aku akan cuba menjauhi perkara2 yg melalaikan aku.. dan aku AKAN CUBA menjauhi dia… demi masa depan yg gemilang…aku kene berusaha melakukan itu.. mesti kalian tertanya2 apakah salah dia sampai aku kene menjauhi diri dari dia… dia tak salah apa2.. yg salah adalah aku..kerana kadang2 aku takleh kawal diri aku sampai aku melakukan perkara2 yg melekakan dan memudaratkan…jd utk mengelakkan ianya berlaku.. aku kene menjauhi semua ini…kawan2.. aku meminta sgt2 agar kalian tak sebut2 nama dia buat masa ini.. kenapa?? kerana ia akan membangkitkan rasa rindu aku kat dia.. dan akan membuatkan aku melanggar sumer janji2 aku…semoga kalian bekerjasama dgn aku.. mende ni tak main2.. ianya berkait rapat dgn masa dpn aku…. kepada diriku sendiri.. BERUSAHALAHHHH… UMMPHHH
January 18, 2008
· Filed under Uncategorized · Tagged pengajaran, penyakit, sepupu
semakin hari semakin sejuk lak kat sini.. adik2 di sekeliling ku sudah mula dijangkiti influenza.. tahu sahaja lah org jepun terlalu sensitif pasal influenza ni.. kene bertopeng bagai la… ambil suntikan la. tapi alhamdulillah.. untuk kali ini aku tidak dijangkiti selesema yang series… mungkin kerana aku dah tidak memasang heater di waktu tidur..
sepupu aku bernama syima sedang tenat sekarang ini.. beliau baru berumur 16 tahun.. menghidapi sakit ganjil lagi misteri.. beliau dan kakaknya asal2 nya suka keluar belah malam.. dan kawasan umah diorg agak misteri sebenarnya.. dan kakak dia da cerita asyik ternampak “sesuatu” .. maka dia dgn mulut lepasnya berkata”asyik ko je nampak..aku pon nak tgk gaks..”
maka hari seterusnya di sekolah, beliau telah masuk ke dalam tandas yang sudah lama tidak digunakan.. sebenarnya tandas itu sudah tertutup tetapi entah bagaimana hari tu terbuka dan beliau org pertama memasukinya dan diikuti sahabat beliau dari belakang.. masuk2 tandas itu beliau terus terjelepuk dan leher menjadi sangat lembik sampai terpaksa dipasang penyokong bahagian leher.. dan lama juga beliau terlantar di hospital… ada skali terpaksa dimasukkan di ijn kerana ada masalah jantung tetapi apabila diperiksa beliau tiada apa2 sakit yg serius.. kelakuan beliau jua agak menghairankan tiba2…
tadi along aku msg dan bagitahu keadaan beliau semakin tenat..semoga allah memudahkan perjalanan hidup beliau.. ringankan bebanan yg beliau tanggung… selamatkan lah beliau… amen
January 16, 2008
· Filed under Uncategorized · Tagged hidup, kawan, permulaan, teman
assalamualaykum… buat pertama kalinya saya mahu mencuba menggunakan wordpress.. terasa teruja pula mahu mencubanya. mungkin isi hidup dan kisah saya akan diteruskan di wordpress.. kenapa saya lari daripada blogger?? kerana saya sengaja mahu mencuba sesuatu yang baru.. mengkaji dan mengenali apa menariknya mengenai wordpress…
dah lama tak menulis..terasa kekok pabila mengetuk kekunci keyboard ni.. namun kesegaran mata akibat tidur lebih 12 jam membuatkan keinginan menulis di blog ini menjadi memuncak,..bagaimana keadaan diri saya sekarang ini… hurmm banjir tsunami masih melanda dgn hebatnya.. saya terasa diri ini letih mengerah sepenuh tenaga utk mengeluarkan cecair itu dari badan.. hajat di hati ingin memohon cuti tetapi saya khuatir akan mengganggu kerja sahabat2 saya yang lain.. moga2 mereka bertimbang rasa dan memberikan kerja yg ringan kepada saya..
keadaan emosi jua tidak menentu.. ada kalanya saya terasa seperti ingin menjerit kepada dunia tetapi tidak tahu apa yang harus saya perkatakan.. cuma saya tidak mahu bersendirian..seperti lirik lagu britney,,, the loneliness is killing me… alhamdulillah.. semalam dan kelmarin ada orang yang sudi menemani saya sehingga pagi.. terima kasih sahabat kerana sudi menemani diri ini.. maaf kerana terlalu menyusahkan kamu..
dlm idup mcm2 mende leh berlaku kan… kekadang kiter tak sempat nak agak apa2… tup tup debush terus terjadi.. dan bergantung kepada diri sendiri bagaimana nak menghadapinya… kepada diriku.. semoga kau berani menghadapinya…
saat entry ini ditulis… telinga sedang dialun bacaan yassin oleh seorang teman.. buat teman.. semoga allah merahmati kau.. dan buat semua yang terjumpa blog ini.. semoga perjalanan hidup kita sentiasai diberkati Allah..